Anyaman Doodling Project
Monday, 20 February 2017
Saturday, 3 December 2016
Proses dan sample product doodling
Ini adalah sample yg telah di doodle pada mengkuang sebelum dijadikan satu produk..
Setelah di lukis doodle pada mengkuang ia dianyam seperti biasa mengikut keativiti kita.
Ini adalalah medium acrylic yang saya guna untuk diwarnakan pada mengkuang...ianya hanya diwarnakan pada luaran bakul mengkuang sahaja.
Ini adalah hasilnya yang telah siap dianyam dan terus diwarnakan daripada medium acrylic..
Ini adalah proses melurutkan mengkuang yang telah dikeringkan beberapa hari untuk memudahkan penganyam menganyam dan nampak kemas apabila telah siap dianyam..
Alhamdulillah sempat saya berjumpa dengan puan Fatimah belajar dengan beliau menganyam daripada mengkuang terus jadi bakul....terima kasih puan Fatimah..
Alhamdulillah sempat saya berjumpa dengan puan Fatimah belajar dengan beliau menganyam daripada mengkuang terus jadi bakul....terima kasih puan Fatimah..
Manfaat menggunakan bekas dari mengkuang
Ini hanya perkongsian. Untuk pengetahuan semua, orang zaman dahulu menggunakan bekas mengkuang untuk simpanan makanan mereka seperti untuk menyimpan makanan tradisi melayu, contohnya dodol dapat mengelakkan dodol daripada tengik dan tahan lebih lama. Ini kerana bekas daripada daun mengkuang tidak memerap makanan seperti bekas plastik tetapi mampu menghalang daripada makanan tersebut terdedah kepada udara dan gangguan perosak. Ia juga memberi sedikit aroma bauan daripada daun mengkuang tersebut..
Friday, 2 December 2016
BAHAN MENTAH UNTUK MEMBUAT BAKUL DAN TIKAR MENGKUANG
Ini adalah bahan mentah yang diambil untuk dijadikan tikar dan bakul mengkuang.. mengkuang ini juga merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama seperti daun pandan...kalau kita tengok pokok ni bentuk dan warna memang nampak sama.. Tapi dari segi saiz je nampak berbeza daun mengkuang lebih panjang berbanding dengan daun pandan.. Selain itu, pokok ini tumbuh liar di kawasan lembap dan berpaya.. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di tepi - tepi sawah padi, tali liar, paya dan sungai.. tapi mengkuang ini diambil di belakang rumahnya.. Daun mengkuang ini berbentuk tirus memanjang dan berduri tajam pada bahagian tepi daun..
Monday, 31 October 2016
Perjalanan ke Perak
As salamualaikum semua...pengorbanan seorng pelajar utk mndptkan ilmu buat ape pun kte snggup untuk tempuhinye...oleh itu, sebagai seorng pelajar kita janganlah putus asa dan mengeluh walaupun ujian yg diberi olehNya berat utk kte tempuhinya kerna satu hari nnt kte akan dapt ganjaran yg sangt bernilai jika kita sabar dengn ujian yg kite dapt...just reminder for myself..
Ape pon 'WORK HARD STUDY SMART'
Ape pon 'WORK HARD STUDY SMART'
So, gmbr ni prjlann ke rumah penganyam tikar mengkuang dan bakul mengkuang....seorang penganyam tikar yang bernama Wak Mun yang tinggal sebuah kampung di Changkat Lada berdekatan dengan rumah saye...
PROGRESSING ANYAMAN TIKAR
Ini adalah progressing anyaman tikar...tikar ni dinyam selama lebih kurang seminggu....laju betul mak cik ni anyam kalau sya entah bile nak siap agak2 3 bulan baru siap....saye pun ade belajar jgk dngn makcik ni cara menganyam memang agak susah jugak la nak menganyam ni perlu ada kesbaran dan ketelitian...tapi kalau zaman dulu2 mereka menghasilkan anyaman mengkuang dengan pelbagai corak dan motif pada produk tersebut sangat kreatif orng zaman dulu...
Ini adalah first step untuk membuat bakul anyman....kalau nak buat bakul ni mak cik ni buat dalam 3 jam dah siap...tapi ikut jugak saiz besar mane kalau besar lambat lah siap kalau kecil cepat je siap...tapi mak cik ni buat bakul kecik je jumlah bilangan helaian mengkuang ni ada 10 horizontal dan vertical..
.
Ini adalah progressing bakul anyaman...
Ini adalah hasil anayman daripada mak cik ni sendiri bakul dan tikar yang diperbuat daripada mengkuang..
Subscribe to:
Posts (Atom)